Sebelum Majlis Perkahwinan
- Bincang tentang tarikh pernikahan, persandingan dan lain-lain
- Pilih konsep atau tema majlis perkahwinan
- Pilih venue atau lokasi untuk majlis perkahwinan
- Cari maklumat tentang penyedia khidmat perkahwinan seperti butik pengantin, andaman, solekan, fotografi dsb. Bandingkan harga perkhidmatan mereka
- Buat anggaran perbelanjaan
- Ikuti kursus perkahwinan untuk mendapatkan sijil kursus kahwin
Jika melangsungkan majlis di dewan, hotel atau taman, buat tempahan dengan kadar segera- Rancang destinasi dan tarikh anda akan berbulan madu selepas berakhirnya majlis perkahwinan
- Mula menjaga kesihatan dan penampilan anda seperti melakukan rawatan spa, pergi ke salon, berjoging atau bersenam di gimnasium dsb
- Buat senarai (checklist) untuk barang-barang hantaran yang akan dibeli bagi kedua-dua pihak lelaki dan perempuan
- Tempah juru nikah atau tok kadi untuk majlis akad nikah
- Fikirkan tentang berapa pakaian persalinan yang diinginkan semasa majlis persandingan nanti
- Tempah busana pengantin
- Senaraikan tetamu yang akan dijemput
- Tentukan pengapit
- Sediakan pakaian pengapit
- Tempah kad jemputan kahwin dan pastikan tarikh ianya akan siap
- Tentukan konsep pelamin & buat tempahan
- Tentukan konsep bunga pahar & buat tempahan/mulakan DIY
- Buat tempahan juru solek
- Sewa khidmat jurugambar atau juruvideo profesional
- Beli cincin perkahwinan
- Mula membeli barang-barang yang akan dibuat hantaran
- Buat tempahan katerer perkahwinan
- Uruskan segala hal yang berkaitan dengan kenduri kahwin seperti kanopi, kerusi, meja, pinggang mangkuk dan kelengkapan yang lain
- Fikirkan tentang menu makan beradab & setting meja makan beradab
- Selesaikan segala urusan dengan pejabat agama seperti surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. Pastikan segala dokumen telah siap diisi
- Beli alat-alat hiasan untuk menggubah barang hantaran
- Beli cenderahati atau door gift yang akan diberikan kepada tetamu undangan
- Fikirkan tentang entertainment semasa majlis
& buat tempahan - Lakukan pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik
Jika majlis dilakukan di dewan, hotel atau taman, buat pengesahan dengan pihak-pihak terbabit. Pastikan segala kelengkapan disediakan seperti yang diinginkan- Membeli cadar, langsir atau perabot baru
- Mula menghantar kad jemputan kahwin
- Mula menggubah barang-barang hantaran
- Pastikan sudah mencuba busana perkahwinan dan sudah berpuas hati dengan hasilnya. Juga pastikan pakaian tersebut dilengkapi dengan aksesorinya seperti veil, mahkota, kasut, payung, keris, bunga tangan dan dsb
- Tempah kek kahwin untuk acara potong kek
- Tentukan floor manager
- Tentukan penyambut tetamu dan lain-lain yang akan bertugas
- Pastikan urusan dengan pejabat agama sudah selesai dan tiada masalah dengan dokumen-dokumen penting
- Hubungi mereka yang berkenaan seperti jurusolek, jurugambar, penyedia kanopi dsb. bagi mengelakkan sebarang masalah
- Manjakan diri anda ke pusat-pusat kecantikan untuk mendapatkan rawatan muka, badan dan rambut
- Pastikan kehadiran jurunikah, saksi-saksi dan saudara-mara terdekat
- Pastikan kelengkapan lain juga turut disempurnakan. Contohnya pelamin, busana pengantin beserta aksesori, hiasan kamar pengantin dsb
- Pastikan barang-barang hantaran telah siap digubah terutamanya sirih junjung
- Berinai
- Pastikan mendapat rehat yang secukupnya
- Sediakan wang untuk bayar jurunikah dan saksi
- Pastikan kehadiran wali, jurunikah dan saksi-saksi
- Bagi pengantin lelaki, jangan lupa untuk menyediakan mas kahwin yang telah ditetapkan
- Pastikan pengantin lelaki membawa sebentuk cincin & barang hantaran lain
- Jangan lupa membawa kad pengenalan diri dan dokumen-dokumen berkaitan semasa majlis akad nikah
- Pastikan pengantin lelaki tiba pada waktu yang ditetapkan
- Nikmatilah hari ini dengan baik dan penuh kesyukuran
- Pastikan mengambil sarapan pada awal pagi agar perut anda tidak ‘berbunyi’ sepanjang majlis
- Pastikan pengantin sentiasa mengukir senyuman dan jangan gelabah
- Tenangkan diri dan yakinlah bahawa majlis persandingan telah diatur dengan baik. Usah fikirkan hal-hal yang remeh-temeh
wohh banyaknya yang bukan PURPLE.