Friday, July 30, 2010

lets do some good

readers, lets do small things for needies.

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Mubarak 1431H, ABIM Negeri Selangor akan menjalankan “Kempen Seorang Sekampit Beras” khusus untuk membantu fakir miskin di seluruh negara melalui huluran bantuan keperluan harian. Simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya bagi menampung keperluan untuk hidup terutama bagi mereka yang memerlukan.

Dari Anas bin Malik r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Adapun orang Mukmin, maka pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya."

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

SEKRETARIAT KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
NEGERI SELANGOR
ANJUNG BERKAT 02-02-06
WISMA MAIS 3/9A
40000 SHAH ALAM SELANGOR
PEJ/FAX : 03-55118994 / 019-3636394 / 012-3920132
www.abimselangor.blogspot.com

No comments: