Thursday, February 17, 2011

prosedur permohonan nikah bagi negeri selangor

prosedur permohonan nikah (lelaki)
- hadir kursus pra-perkahwinan yang diiktiraf
- lakukan ujian saringan hiv di hospital/klinik kesihatan kerajaan
- dapatkan borang 2a di pejabat agama islam daerah atau download borang di sini & lengkapkan borang tersebut
- dapatkan pengesahan penolong pendaftar nikah qariah
- dapatkan kebenaran nikah dari pejabat agama islam daerah
- serahkan kebenaran kepada pihak perempuan

dokumen sokongan yang diperlukan
- salinan IC/passport (jika warganegara asing)
- salinan IC/passport (jika warganegara asing) 2 orang saksi
- sijil asal & salinan sijil kursus pra-perkahwinan diiktiraf jakim/jais/jawi/jain
- keputusan ujian saringan hiv
- salinan borang permohonan 2a (jika nikah luar daerah/negeri/negara)
- surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi jkkk/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan (bagi yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat dalam IC)
- surat akuan bujang daripada majikan
- surat akuan cerai/kematian pasangan & salinan (jika duda)
- surat atau kad perakuan islam & salinan (jika saudara baru)
- surat kelulusan dari kagat/pdrm (jika anggota tentera/polis)
- surat kebenaran berkahwin daripada konsulat atau kedutaan & imegresen (jika warganegara asing)

prosedur permohonan nikah (perempuan)
- hadir kursus pra-perkahwinan yang diiktiraf
- lakukan ujian saringan hiv di hospital/klinik kesihatan kerajaan
- dapatkan borang 2c & 2d di pejabat agama islam daerah atau download borang di sini & sini & lengkapkan borang tersebut
- dapatkan pengesahan penolong pendaftar nikah qariah
- dapatkan kebenaran nikah dari pejabat agama islam daerah
- serahkan kebenaran nikah kepada PPN qariah
- akad nikah dijalankan
- ambil surat perakuan nikah di pejabat agama islam daerah

dokumen sokongan yang diperlukan
- salinan IC/passport (jika warganegara asing)
- salinan IC/passport (jika warganegara asing) wali & 2 orang saksi
- sijil asal & salinan sijil kursus pra-perkahwinan diiktiraf jakim/jais/jawi/jain
- keputusan ujian saringan hiv
- salinan borang permohonan 2c (jika nikah luar daerah/negeri/negara)
- surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi jkkk/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan (bagi yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat dalam IC)
- borang kelulusan berkahwin/surat kebenaran berkahwin bagi lelaki
- surat akuan sumpah nikah ibu bapa (jika anak sulung atau wali adalah abang lelaki sulung)
- surat wakalah (jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah)
- surat akuan sumpah kematian wali/bapa (jika sudah kematian bapa)
- surat akuan cerai/kematian pasangan & salinan (jika janda)
- surat atau kad perakuan islam & salinan (jika saudara baru)
- surat kelulusan dari kagat/pdrm (jika anggota tentera/polis)
- surat kebenaran berkahwin daripada konsulat atau kedutaan & imegresen (jika warganegara asing)

tips
- sijil kursus pra-perkahwinan valid for lifetime, boleh pergi kursus awal-awal untuk memudahkan urusan di kemudian hari
- keputusan ujian saringan hiv valid for 6 months, plan dengan betul supaya tidak kelam kabut dan last minute
- pilih hospital/klinik kesihatan kerajaan yang tidak ramai orang/tidak famous. sebagai contoh, kami pergi ke klinik kesihatan seri putra (located in bandar seri putra, bangi). we don't have to make appointment and don't even need to queue. kami berdua je yang buat ujian saringan hiv haritu
- nama PPN qariah boleh dapat dari pejabat agama islam daerah, no telefon biasa boleh cari di masjid PPN tersebut bertugas
- proses permohonan daripada pejabat agama islam daerah ambil masa sehari & kebenaran berkahwin valid for 3 months
- kalau kedua-dua pasangan dalam daerah yang sama, kesemua prosedur ini boleh dijalankan serentak. tak perlu berkali-kali pergi ke pejabat agama islam daerah yang sama
- kalau sudah berpindah & alamat dalam IC berlainan, lebih mudah tukar alamat atas IC di jpn berhampiran. tak perlu minta surat akuan ketua kampung dan sebagainya untuk mengesahkan pemastautinan kita

7 comments:

Miss Bride-To-Be said...

salam aishah.

nak tumpang tanya la, tau tak kat klinik kesihatan bandar seri putra tu ujian saringan hiv boleh buat hari sabtu tak, ke weekdays or ada hari-hari tertentu je ek? thanks! :)

white purple flower said...

tak silap, hari2 tertentu je on weekdays.and petang after 2pm.

no telefon dapat dari klinik kesihatan bandar baru bangi.nanti i tanya tunang i,dia simpan tak phone no klinik kesihatan bsp tu k :)

Miss Bride-To-Be said...

owh ok. tqsm! i puas cari no phone klinik kesihatan tu kat internet tapi tak jumpa. :)

white purple flower said...

alamak,tunang i tak simpan plak no tu :( esok i try tgk kat sheet keputusan ujian saringan tu ada ke tak no phone klinik tu k.sbb sheet tu takde kat i skang ni.

white purple flower said...

miss b2b,i dah tgk kat sheet keputusan ujian saringan hiv tu.sadly,takde tulis no fon klinik BSP.

but good news is,my fiance still ingat - test tu boleh buat isnin-khamis 2pm onwards.so jumaat,sabtu & ahad je tak boleh :)

pergilah, sbb takde no phone dorang kat internet lah takde orang pergi klinik tu.

Anonymous said...

hai owner,

thanks banyak2!!!..because of your blog, i dpt buat HIV test arinih. memule g KK kelana jaya, penuh gila. lps baca blog u, i shoot g KK BSP. alhamdulillah...thx byk2.

white purple flower said...

yeayyers!
selamat membuat preparations! :)